09 August 2011

Tahniah kepada Kepimpinan Nisa' Pahang 2011/2013 yang baru dilantik


Assalamualaikum dan salam sejahtera pada sahabat2 semua, Diumumkan saf kepimpinan
Nisa' Pahang bagi tahun 2011/2013


Bil.

Jawatan

Nama

1

Ketua

Pn. Faezah Siddiq

2

Timbalan Ketua 1/Ketua Nisa’ Kuantan

Cik Maskhazila Ismail

3

Timbalan Ketua 2/Ketua Nisa’ K.Krau

Pn. Salina Omar

4

Setiausaha

Tg. Ainul Farha Tg. Abd Rahman

5

Penolong Setiausaha

Bazilah Salehu

6

Ketua 3N

Pn. Norrul Afzan Zainal Abidin

7

Pegawai Kewangan

Pn. Roslidawati Wahat

8

Pen. Pegawai Kewangan

Cik Siti Aishah Kamaludin

9

Ketua Unit Pembangunan Insan

Norfaizah Mad Ali

10

Ketua Unit Khidmat & Kaunseling

Zanariah @ Zakiah Salehu

11

Ketua Unit Pendidikan & Kerjaya

Maizan Mohamad

12

Timb. Ketua Unit Pendidikan & Kerjaya/Ketua Nisa’ Paya Besar

Pn. Nur Fadhlina Mohd Ariffin

13

Ketua Unit Sukan & Kebudayaan

Cik Nur Izain Mohd

14

Ketua Unit Perhubungan Kampus

Cik Fairuzah Mat Salleh

15

Ketua Unit Briged Muslimat

Pn. Zafirah Zainuddin

16

Timb. Ketua Unit Briged Muslimat

Pn. Zainora Ismail

17

Ketua Nisa’ Indera Mahkota

Pn. Sharifah Umi Ilyana

18

Ketua Nisa’ Rompin

Pn. Hasnita Sabtu

19

Ketua Nisa’ Maran

Nurul Jamaieyah Jantan

20

Ketua Nisa’ Raub

Shibrah Amiruddin

21

Ketua Nisa’ Lipis

Pn. Zuraini Jaafar

22

Ketua Nisa’ Bera

Pn. Siti Wadiatul Adawiah Zakaria

23

Ketua Nisa’ Bentong

Azawiah Abd Aziz

24

Ketua Nisa’ Temerloh

Pn. Aziahanim Abd Aziz

25

Ketua Nisa’ Jerantut

Pn. Juraidah Othman

26

Ketua Nisa’ Pekan

Pn. Rahidaton Nordin


24 January 2011

AURATMU MARUAHMU



"DON'T JUDGE THE BOOK BY ITS COVER??" atau "MATI PUN KUBUR LAIN2???"...

SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.


Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.


Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?


Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)


Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:


1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)


Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

2. Pakaian yang longgar.

Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.
Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: “Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlahisterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”
Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

3. Pakaian yang tidak jarang.

Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.”
Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.
Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.”

5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”
Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

6. Tidak bertabarruj.

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatka nnya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.
Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33)
Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.

sumber: UKK Nisa' Pahang

02 November 2010

SEMINAR GAYA HIDUP SIHAT INSANIAH- JOM JOIN


SALAM SHABAT SEMUA JOM JOIN & SEBARKAN KPD RAKAN LAIN YE...TQ.. SYUKRAN..


PROGRAM

GAYA HIDUP SIHAT INSANIAH (GHS-i)

Anjuran

Unit Pendidikan & Kerjaya(UPK)

Nisa’ Pahang

dengan kerjasama

Institut Perubatan Komplimentari Islam Malaysia

(IPKIM)


Adakah anda tergolong dalam kumpulan ini...

  • Anda sudah merasakan tidak mampu lagi merubah sikap/akhlak anak-anak yang begitu teruk... sudah pelbagai cara dan usaha telah dilakukan namun belum membuahkan hasilnya...

  • Anda yang seringkali merasakan gagal untuk berubah, hasrat ingin menjadi insan yang terbaik, namun seringkali gagal dalam usaha untuk bangkit atau keluar daripada masalah dan kesilapan semasa.

  • Anda yang mencintai ilmu, sedang memperlengkapkan diri dengan kefahaman kehidupan dan ingin bersama-sama membimbing diri, keluarga, masyarakat dan ummat ke arah kehidupan yang terbaik

  • Anda atau saudara mara anda yang sedang bertarung dengan penyakit kronik dan sedang mencari-cari kaedah dan rawatan yang sesuai.... ?

TESTIMONI PESERTA:

“Saya diajak oleh kawan saya ke program ini, pada mulanya saya rasakan ini mesti program

ceramah jualan langsung, tapi demi meraikan kawan saya maka saya pergi juga. Namun

setelah mengikutinya barulah saya tahu bahawa ini merupakan majlis ilmu, terlalu banyak

sebenarnya yang saya belum tahu berkenaan ilmu kehidupan seharian yang diperjelaskan

dalam program ini, yang menariknya saya lebih memahami apa yang dikatakan Islam itu

menyeluruh….saya cukup teruja, dalam masa yang singkat saya mula memahami

tanggungjawab saya sebagai isteri kepada suami, ibu kepada anak-anak saya dan juga

peranan saya pada masyarakat umum” – Pn Siti Hajar Abu Bakar, Surirumah (019-7620307)


"Seminar Gaya Hidup Sihat sangat baik dan sesuai dalam mendidik masyarakat tentang

kepentingan mengamalkan cara hidup yang baik. Disaat masyarakat yang telah kehilangan

panduan dan pedoman, Seminar Gaya Hidup Sihat Insaniah adalah salah satu cara untuk

membantu masyarakat dalam usaha menangani masalah semasa. Saya mencadangkan

disampaikan kepada semua lapisan masyarakat... " -

Juliana binti Jumaat, Kaunselor Sek .Men. Sains Kluang, Johor (019-7140787)


“Dulu sebelum datang seminar Gaya Hidup Sihat Insaniah, rasa apa-apa yang kita

buat/pakai/makan dah betul sangat dah…tapi apabila dah dengar penjelasan dalam seminar

barulah tahu/faham selama ini apa yang saya lakukan itu rupa-rupa kurang sempurna malah

sebahagiannya silap, memang patutlah kita tak sihat dan bermasalah… sebaiknya semua

orang perlu hadir seminar ini, saya harap pihak IP-KI teruskan usaha ini ke seluruh pelusuk

Malaysia. Saya amat bersyukur kerana Allah telah memberi peluang saya menghadir program

ini, sungguh berguna dalam menilai semula gaya hidup seharian saya dan seisi

keluarga..sekarang ni bila sakit atau ada masalah saya boleh berlapang dada kerana sedikit

diberikan kefahaman… “Mariati binti Kasmuni, Ibu Tunggal (013-7339830)

JIKA YA


SERTAILAH....PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT INSANIAH


Tarikh : 07/11/2010

Tempat : Bilik Seminar,

Pejabat Pondok An-Nuur Travel & Tours,

Blok A, Tingkat 104, Medan Warisan

Tanah Putih 25150 Kuantan, Pahang.

(Depan Giant, atas Butik ALFIORALDO)

Bayaran : RM50/orang


Maklumat Lanjut, sila hubungi:-

Fadlina-0139394709/Fairuzah-0195178753/

Maskhazila-0139257318

Layari laman sesawang GHS-i....

www.nisapahang.blogspot.com

www.kuskom.net

16 August 2010

Ahlan wasahlan Ramadhan Al-Mubarak 1431H


DOA PALING UTAMA DI BULAN RAMADHAN
sumber dipetik dari:http://darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=32

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).



16 June 2010

Alfun Mabruk kepada Wakil Solo & Berkumpulan Nisa' Pahang

Wardatul Maahad juara nasyid Nisa'
Intan Abdullah

Kumpulan nasyid Wardatul Maahad dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Suara Nisa (Pesona) anjuran Nisa' Malaysia sempena Karnival Aura Ungu (Kau) 2010 yang berlangsung di Dewan Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7 pada 21 dan 22 Mei lalu.

Mereka dianggotai lapan remaja wanita yang masih penuntut mendendangkan dua lagu iaitu Mohon Keampunan serta Ahlan Bina berjaya menambat hati para juri yang diketuai Azlin Hezri.

Ketika ditemui, salah seorang anggota kumpulan tersebut, Nurul Amalina Abdullah melahirkan rasa terkejut atas kemenangan yang tidak disangka memandangkan saingan sengit daripada 11 lagi kumpulan lain.

"Alhamdulillah, kami tidak menyangka akan kemenangan ini tetapi ia merupakan suatu penghargaan kepada semua," katanya yang mengenakan busana merah hati beserta bertudung pink bersama selendang labuci di kepala.

Sementara itu, seorang lagi anggotanya, Nurul Shifa Hamzah berkata penyertaan mereka hanyalah untuk mengetengahkan bakat sebagai suatu percubaan.

Menurut komen para juri, pemilihan mereka adalah berdasarkan kesepaduan suara harmoni, kekuatan vokal solo, kecekapan permainan percussion serta kemantapan antara suara dan muzik yang ditampilkan.

Tempat kedua dimenangi kumpulan Nisa Pulau Pinang manakala kumpulan abcdqi dari Wilayah Persekutuan mendapat tempat ketiga.

Wardatul Maahad berjaya menggondol hadiah wang tunai RM3,000, baucer t-shirt sumbangan Fatonah Vigilant Resources bernilai RM150, replika cek, sijil penyertaan dan trofi yang disampaikan ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali serta penasihat Kau, Dr Rosni Adam.

Dalam pada itu, wakil dari Melaka, Syaimak Salleh pula berjaya menggondol juara diikuti wakil Johor serta Perlis bagi kategori Pertandingan Solo Pesona.


TAHNIAH KAMI UCAPKAN

04 May 2010

Pertandingan Suara Nisa' (PERSONA'10) Peringkat Negeri Pahang

JOM PAKAT DATANG BERAMAI-RAMAI



PERTANDINGAN SUARA NISA'

PERINGKAT NEGERI PAHANG

TARIKH: 8 MEI 2010 (SABTU)


TEMPAT: DEWAN SEMPURNA RESORT (JALAN KUANTAN-PEKAN)

MASA: 8.00 PAGI - 6.00 PETANG


HUBUNGI: Fadh (013-939 4709) @ Mas (013-925 7318)
(sila klik pada imej utk paparan yang lebih jelas)

30 April 2010

Karnival Aura Ungu '10

Karnival Aura Ungu 2010
Oleh:Hazayani Zakaria


Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Wanita Islam, Nisa' mengambil tanggungjawab menyediakan alternatif kepada masyarakat khususnya golongan belia untuk berhibur, dengan menganjurkan Karnival Aura Ungu (KAU '10).

Karnival yang dijadualkan berlangsung pada 21 dan 22 Mei di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Shah Alam ini merangkumi tiga aktiviti utama iaitu ekspo aura ungu, pertandingan nyannyian (PESONA) dan konsert aura ungu (ekslusif untuk wanita) yang merupakan acara kemuncak kepada karnival ini.

Konsert berkenaan akan menampilkan dua selebriti terkenal tanah air iaitu Aishah yang terkenal dengan lagu 'Syurga di Bawah Telapak kaki Ibu' dan bekas pelajar Akademi Fantasia (Af 5).

Bercakap pada satu sidang media di Intekma Resort & Konvensyen Centre, Shah Alam hari ini, pengarah program, Dian Adline Md Jalaluddin berkata, KAU '10 mensasarkan remaja dan belia terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), ibu bapa serta masyarakat umum dengan menetapkan beberapa objektif.

" KAU '10 berhasrat untuk memperkenalkan Nisa' sebagai gerakan dakwah kepada umum dan menjadikan hiburan sebagai salah satu wasilah dakwah bagi meraikan komuniti setempat yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat terutama golongan wanita," katanya.

Selain itu, KAU '10 bermatlamat untuk menjadikan hiburan Islam sebagai alternatif kepada hiburan semasa untuk golongan wanita serta dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat, pemimpin, dan pihak kerajaan negeri.

Karnival berkenaan mendapat kerjasama daripada Green Tea Colustrum (GTC) sebagai penaja utama, Kolej Masterskill, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kerajaan Negeri Selangor, dan Nasyeed.com.

Sementara itu, Pengarah Nisa' Malaysia. Dr. Rosni Adam berharap karnival berkenaan dapat membuka mata masyarakat agar lebih memahami konsep kepelbagaian dalam berdakwah.

"Kita nak tunjukkkan kepada masyarakat bahawa Islam tidak menutup ruang untuk kita berhibur. Sebanarnya banyak aktiviti yang kita boleh lakukan asalkan betul caranya," katanya.

Bagi Pengarah Eksekutif Ar Raihan Food Industries, Zulaimi Kazin pula, beliau sangat berbesar hati untuk menaja KAU '10 sebagai salah satu usaha menyokong program-program yang dapat mendekatkan masyarakat khususnya wanita kepada Islam.

"Apa-apa sahaja program yang baik kita kena taja. Bagi saya program Nisa' ini adalah untuk menarik minat golongan muda wanita khususnya untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang baik dan mengelakkan mereka terjebak ke dalam gejala sosial.

"Saya dah kenal Nisa' lama masa mereka anjurkan Nisa' games di kelantan dulu.Ini satu program yang menarik dan memang kita menyokong program dakwah dan ada rezeki kita taja lebih banyak lagi," katanya.

Tiket konsert boleh didapati di kaunter pendaftaran Nisa' atau tempahan melalui online di website Nisa' malaysia,

http://kau2010.webnisa.net/

NANTIKAN PERTANDINGAN SUARA NISA' (PERSONA'10)

PERINGKAT NEGERI PAHANG PADA 8 MEI 2010

Kita jumpa di sana...di sana...di sana


08 February 2010

Nisa' Pahang di IKIM.fm


Berikan pandangan anda......Jangan lupa untuk berinteraksi di dalam IKIM.fm malam ini.

12 January 2010

AL-FATIHAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kepada semua sahabat Nisa' Pahang, bonda kesayangan AJK unit 3N (Nisa' News Network), Pn. Norrul Afzan telah kembali ke rahmatullah pada 10 hb Disember 2009 , jam 3petang di rumah beliau. Bonda beliau meninggal kerana sakit kanser usus, tahap ke-empat yang telah disahkan oleh doktor pakar pada bulan Oktober 2009 lepas selepas membuat CT scan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Sama-sama kita doakan kesejahteraan dan hadiahkan Al-fatihah buat roh Allahyarham & semoga keluarga beliau tabah menghadapi ujianNya.

"INNALILLAHI WAINNA ILAHI RAJIUN"
Apa itu kanser usus?

BANNER NISA' PAHANG 2011

BANNER NISA' PAHANG 2011

PERSONA 2010

PERSONA 2010

GHSi

GHSi

BORANG NISA' ONLINE

BORANG NISA' ONLINE