09 February 2012
Forum: Ku Pinangmu dengan Bismillah
Penceramah jemputan:
- Ustazah Mahaya Manaf (pendakwah FB Mari Tanya Ustazah)
- Maskhazila Ismail (perunding motivasi Cahaya Al-khair resources)
- Ustaz Shufian Ismail (pensyarah KIPSAS)
Tarikh: 13 Februari 2012
Jam: 8.00 malam
Tempat: Masjid KIPSAS
Jom Kita Laksanakan Impian Bersama
02 November 2010
SEMINAR GAYA HIDUP SIHAT INSANIAH- JOM JOIN

SALAM SHABAT SEMUA JOM JOIN & SEBARKAN KPD RAKAN LAIN YE...TQ.. SYUKRAN..
PROGRAM
GAYA HIDUP SIHAT INSANIAH (GHS-i)
Anjuran
Unit Pendidikan & Kerjaya(UPK)
Nisa’ Pahang
dengan kerjasama
Institut Perubatan Komplimentari Islam Malaysia
(IPKIM)
Adakah anda tergolong dalam kumpulan ini...
Anda sudah merasakan tidak mampu lagi merubah sikap/akhlak anak-anak yang begitu teruk... sudah pelbagai cara dan usaha telah dilakukan namun belum membuahkan hasilnya...
Anda yang seringkali merasakan gagal untuk berubah, hasrat ingin menjadi insan yang terbaik, namun seringkali gagal dalam usaha untuk bangkit atau keluar daripada masalah dan kesilapan semasa.
Anda yang mencintai ilmu, sedang memperlengkapkan diri dengan kefahaman kehidupan dan ingin bersama-sama membimbing diri, keluarga, masyarakat dan ummat ke arah kehidupan yang terbaik
Anda atau saudara mara anda yang sedang bertarung dengan penyakit kronik dan sedang mencari-cari kaedah dan rawatan yang sesuai.... ?
TESTIMONI PESERTA:
“Saya diajak oleh kawan saya ke program ini, pada mulanya saya rasakan ini mesti program
ceramah jualan langsung, tapi demi meraikan kawan saya maka saya pergi juga. Namun
setelah mengikutinya barulah saya tahu bahawa ini merupakan majlis ilmu, terlalu banyak
sebenarnya yang saya belum tahu berkenaan ilmu kehidupan seharian yang diperjelaskan
dalam program ini, yang menariknya saya lebih memahami apa yang dikatakan Islam itu
menyeluruh….saya cukup teruja, dalam masa yang singkat saya mula memahami
tanggungjawab saya sebagai isteri kepada suami, ibu kepada anak-anak saya dan juga
peranan saya pada masyarakat umum” – Pn Siti Hajar Abu Bakar, Surirumah (019-7620307)
"Seminar Gaya Hidup Sihat sangat baik dan sesuai dalam mendidik masyarakat tentang
kepentingan mengamalkan cara hidup yang baik. Disaat masyarakat yang telah kehilangan
panduan dan pedoman, Seminar Gaya Hidup Sihat Insaniah adalah salah satu cara untuk
membantu masyarakat dalam usaha menangani masalah semasa. Saya mencadangkan
disampaikan kepada semua lapisan masyarakat... " -
Juliana binti Jumaat, Kaunselor Sek .Men. Sains Kluang, Johor (019-7140787)
“Dulu sebelum datang seminar Gaya Hidup Sihat Insaniah, rasa apa-apa yang kita
buat/pakai/makan dah betul sangat dah…tapi apabila dah dengar penjelasan dalam seminar
barulah tahu/faham selama ini apa yang saya lakukan itu rupa-rupa kurang sempurna malah
sebahagiannya silap, memang patutlah kita tak sihat dan bermasalah… sebaiknya semua
orang perlu hadir seminar ini, saya harap pihak IP-KI teruskan usaha ini ke seluruh pelusuk
Malaysia. Saya amat bersyukur kerana Allah telah memberi peluang saya menghadir program
ini, sungguh berguna dalam menilai semula gaya hidup seharian saya dan seisi
keluarga..sekarang ni bila sakit atau ada masalah saya boleh berlapang dada kerana sedikit
diberikan kefahaman… “ – Mariati binti Kasmuni, Ibu Tunggal (013-7339830)
JIKA YA
SERTAILAH....PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT INSANIAH
Tarikh : 07/11/2010
Tempat : Bilik Seminar,
Pejabat Pondok An-Nuur Travel & Tours,
Blok A, Tingkat 104, Medan Warisan
Tanah Putih 25150 Kuantan, Pahang.
(Depan Giant, atas Butik ALFIORALDO)
Bayaran : RM50/orang
Maklumat Lanjut, sila hubungi:-
Fadlina-0139394709/Fairuzah-0195178753/
Maskhazila-0139257318
Layari laman sesawang GHS-i....
16 June 2010
Alfun Mabruk kepada Wakil Solo & Berkumpulan Nisa' Pahang
| Wardatul Maahad juara nasyid Nisa' |
| Intan Abdullah |
|
TAHNIAH KAMI UCAPKAN |
04 May 2010
Pertandingan Suara Nisa' (PERSONA'10) Peringkat Negeri Pahang
(sila klik pada imej utk paparan yang lebih jelas) 06 November 2009
Corat Coret Nisa's Day Pahang 2009 & SALAM EID ADHA 1430H
Terima kasih kepada semua kawasan-kawasan yang telah membawa kontinjen masing-masing. Korang memang sporting and happening. Persembahan memang mantop dan tahniah kepada Nisa' Kuantan kerana dipilih sebagai ratu persembahan.
gambar apa ni? siap berbaris lagi.
Nantikan celoteh kami dan koleksi gambar-gambar sepanjang program.
*Sebahagian koleksi telah dimuat turun di sidebar kanan blog Nisapahang.
27 October 2009
Nisa'S Day PAHANG 2009
15 January 2009
Nisa' Indoor Games Negeri Pahang Penutup Tirai 2008
Pengalaman Nisa' Pahang dalam menjayakan program ini amat tidak dapat dilupakan oleh kami semua.Pelbagai cabaran dan dugaan dan halangan, namun akhirnya, Alhamdulillah, terlaksana dengan jayanya walaupun di saat kemuncak program hujan lebat mengiringi. Syukur sehingga keakhirnya....
Tercapai sudah matlamat utama program iaitu bersama masyarakat dan mencari peserta untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan nanti....Program ini juga telah mendapat kerjasama yg baik dari Puan Zainab, Pengurus Pekan Budaya Malay Town, East Coast Mall, kerana sudi menyediakan tempat yang amat bertetapan dgn tema program.
10 kawasan dari seluruh Pahang telah hadir membawa peserta-peserta mereka yang hebat untuk bertanding dalam 8 acara permainan tradisional iaitu Congkak, Dam Aji, Dam Ular Manusia, Ceper, Batu Seremban, Catur dan Dart.
Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dan meriah dihadiri lebih 1000 orang pengunjung.Terima kasih diucapkan kepada Puan Mastura Mohamed iaitu Ketua Nisa' Malaysia yang hadir bagi merasmikan Majlis Penutup Program ini. Terima kasih juga kepada AJK Nisa' Pusat yang turut membantu menjayakan slot tersebut.
Sekian hingga bertemu lagi dipost yang lain...bye..wassalam
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat kami rakam sebagai kenang-kenangan:
(Keratan akhbar sinar harian pahang- gambar kecil [kanan] Pengarah Program Nisa' Indoor Games Negeri Pahang 2008)
( dam ular manusia)
(peserta lelaki yang turut mengambil bahagian dalam permainan congkak)p/s: jika ada gambar yang ingin dikongsi bersama, sila hantar ke nispahang@gmail.com
tulisan asal :UKJ
di'edit' semula oleh U3N
BANNER NISA' PAHANG 2011
PERSONA 2010
GHSi
BORANG NISA' ONLINE

Kumpulan nasyid Wardatul Maahad dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Suara Nisa (Pesona) anjuran Nisa' Malaysia sempena Karnival Aura Ungu (Kau) 2010 yang berlangsung di Dewan Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7 pada 21 dan 22 Mei lalu.

