
08 February 2010
05 February 2010
12 January 2010
AL-FATIHAH
Kepada semua sahabat Nisa' Pahang, bonda kesayangan AJK unit 3N (Nisa' News Network), Pn. Norrul Afzan telah kembali ke rahmatullah pada 10 hb Disember 2009 , jam 3petang di rumah beliau. Bonda beliau meninggal kerana sakit kanser usus, tahap ke-empat yang telah disahkan oleh doktor pakar pada bulan Oktober 2009 lepas selepas membuat CT scan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Sama-sama kita doakan kesejahteraan dan hadiahkan Al-fatihah buat roh Allahyarham & semoga keluarga beliau tabah menghadapi ujianNya.
21 December 2009
PROGRAM KILAUAN PERMATA BERJALAN LANCAR
Antara percaya tak percaya, program ini berjaya menarik penyertaan sehingga 400 orang. Sekali ganda lebih dari jangkaan penganjur. Apepun kami semua gembira untuk menerima penyertaan adik2 semua.
Syabas untuk semua dan semua warga kerja yang menjayakan Program Kilauan Permata. Syabas kepada ibunda-ibunda sebagai tenaga penggerak utama.
berikut dipaparkan sedikit gambar tangkap muat sepanjang program.


09 December 2009
INFO KERJAYA:Rancangan Latihan Kakitangan Akademik
http://enovate.usm.my/assist/iklan/iklan_Mac_2006.htm Sesiapa yang berminat untuk menjadi pensyarah di USM Penang atau Kubang Kerian, USM kini membuka tawaran Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) atau dalam Bhs. Inggeris, ASTS. Pada tahun-tahun lepas, skim ini dibuka dua tahun sekali atau sekali setahun, tetapi bagi mencapai peratusan 75% tenaga pengajar IPTA yang memiliki PhD menjelang 2010, skim ini kini dibuka 2 kali atau 3 kali setahun. Sesiapa yang berminat boleh melayari laman web http://enovate.usm.my/assist. Iklan yang terbaru akan dibuka pada 23hb. Mac ini. Bagaimanapun, setiap kali iklan dibuka, bukan semua pusat pengajian akan menawarkan tempat. Oleh itu, sila rujuk kepada URL tersebut dari semasa ke semasa.
06 November 2009
Corat Coret Nisa's Day Pahang 2009 & SALAM EID ADHA 1430H
Terima kasih kepada semua kawasan-kawasan yang telah membawa kontinjen masing-masing. Korang memang sporting and happening. Persembahan memang mantop dan tahniah kepada Nisa' Kuantan kerana dipilih sebagai ratu persembahan.
gambar apa ni? siap berbaris lagi.
Nantikan celoteh kami dan koleksi gambar-gambar sepanjang program.
*Sebahagian koleksi telah dimuat turun di sidebar kanan blog Nisapahang.
27 October 2009
Nisa'S Day PAHANG 2009
14 October 2009
Iftar Nisa' Semalaysia
Tautan Qalbu
7 September 2009- Mengambil berkat pada bulan Ramadhan, Nisa’ Malaysia dengan kerjasama seluruh Nisa’ Negeri 1 Malaysia, telah bersama-sama berkumpul bagi menjayakan program Tautan Qalbu pada 4-6 September 2009 yang lalu bertempat di Gombak.
Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan penuh ceria serta bertenaga walaupun dalam Bulan Ramadhan (tak percaya tengok gambar..(”,) .
Program ini dikira kali pertama yang diadakan bersama pimpinan Nisa’ Malaysia yang baru dibawah pimpinan Dr. Rosni Adam.
Moh tengok gambar-gambar sekitar program.
Unit Kesenian Nisa'- MOH Nasyid
wakil-wakil pimpinan Nisa' Pahang yang ceria & sporting
khusyuk mendengar taujihat dari pinpinan

Banyak lagi cerita menarik tentang program ini.
Jangan lupa surf:
www.nisakuantan.blogspot.com,
www.nisagombak.blogspot.com,
www.nisaterengganu.blogspot.com,
www.nisasabah.blogspot.com
Thanks guys for your kind-sharing.
31 August 2009
Ahlan Ya Ramadhan & Malaysia Merdeka (Ayuh Roh Badar)
Kami Nisa' Negeri Pahang ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan buat semua Muslimin dan muslimat terutamanya ahli-ahli Nisa' di setiap cawangan, kawasan dan juga di peringkat Negeri.
Semoga Bulan yang penuh keberkatan ini digunakan sebaiknya untuk mempertingkatkan amalan dan menjadikan kita lebih dekat denganNya.
Berikut adalah risalah yang telah dikeluarkan oleh Nisa' Unit Kebajikan dan Kaunseling (UKK) untuk tatapan dan edaran semua sempena Ramadhan:
SUARA NISA'
Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam kemerdekaan kepada seluruh Rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, kaum dan keturunan. Semoga pemikiran, percakapan dan pertuturan seharian kita merdeka daripada dikuasai unsur yang negatif.
Ihsan daripada: UKK Nisa' Pahang
dicatat oleh: 3N team Nisa' Pahang
22 April 2009
Jom Ke NISA INDOOR GAMES 2009 Peringkat Kebangsaan


Menyedari nilai-nilai ini termasuk nilai dan kepentingan permainan jenis ini kepada generasi muda perempuan, NISA’ Malaysia akan menganjurkan NISA’ Indoor Games 2009 yang diharapkan dapat menyuburkan kembali nostalgia mengenai permainan-permainan Indoor Games dan juga memperkenalkan semula kepada generasi muda yang mungkin tidak berkesempatan untuk mengenali jenis permainan seperti ini.
Objektif :
1. Mengasah minda peserta di samping merasai keseronokan semasa bermain.
2. Mempromosikan sebahagian permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan ceper kepada masyarakat terutamanya generasi muda.
3. Memupuk nilai-nilai murni seperti nilai bertolak ansur, persahabatan dan kasih sayang sesama pemain dan keluarga.
4. Menghargai dan memastikan nilai estetika, keaslian dan keunikan permainan indoor games terjaga.

di dalam
NISA' INDOOR GAMES ANTARA NEGERI
pada
25 April 2009(Sabtu), 8 pagi hingga 6 petang
di
DEWAN JUBLI PERAK, BANGUNAN SULTAN SALAHUDIN AZIZ SHAH,SHAH ALAM
Yang tak ambil bahagian, marilah kita
BERAMAI2 KE SANA UTK MEMERIAHKAN LAGI PROGRAM INI!
Semoga berjaya!!
" PAHANG Laksana IMPIAN Bersama"
BANNER NISA' PAHANG 2011
PERSONA 2010
GHSi
BORANG NISA' ONLINE









