16 August 2010

Ahlan wasahlan Ramadhan Al-Mubarak 1431H


DOA PALING UTAMA DI BULAN RAMADHAN
sumber dipetik dari:http://darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=32

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).



16 June 2010

Alfun Mabruk kepada Wakil Solo & Berkumpulan Nisa' Pahang

Wardatul Maahad juara nasyid Nisa'
Intan Abdullah

Kumpulan nasyid Wardatul Maahad dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Suara Nisa (Pesona) anjuran Nisa' Malaysia sempena Karnival Aura Ungu (Kau) 2010 yang berlangsung di Dewan Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7 pada 21 dan 22 Mei lalu.

Mereka dianggotai lapan remaja wanita yang masih penuntut mendendangkan dua lagu iaitu Mohon Keampunan serta Ahlan Bina berjaya menambat hati para juri yang diketuai Azlin Hezri.

Ketika ditemui, salah seorang anggota kumpulan tersebut, Nurul Amalina Abdullah melahirkan rasa terkejut atas kemenangan yang tidak disangka memandangkan saingan sengit daripada 11 lagi kumpulan lain.

"Alhamdulillah, kami tidak menyangka akan kemenangan ini tetapi ia merupakan suatu penghargaan kepada semua," katanya yang mengenakan busana merah hati beserta bertudung pink bersama selendang labuci di kepala.

Sementara itu, seorang lagi anggotanya, Nurul Shifa Hamzah berkata penyertaan mereka hanyalah untuk mengetengahkan bakat sebagai suatu percubaan.

Menurut komen para juri, pemilihan mereka adalah berdasarkan kesepaduan suara harmoni, kekuatan vokal solo, kecekapan permainan percussion serta kemantapan antara suara dan muzik yang ditampilkan.

Tempat kedua dimenangi kumpulan Nisa Pulau Pinang manakala kumpulan abcdqi dari Wilayah Persekutuan mendapat tempat ketiga.

Wardatul Maahad berjaya menggondol hadiah wang tunai RM3,000, baucer t-shirt sumbangan Fatonah Vigilant Resources bernilai RM150, replika cek, sijil penyertaan dan trofi yang disampaikan ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali serta penasihat Kau, Dr Rosni Adam.

Dalam pada itu, wakil dari Melaka, Syaimak Salleh pula berjaya menggondol juara diikuti wakil Johor serta Perlis bagi kategori Pertandingan Solo Pesona.


TAHNIAH KAMI UCAPKAN

04 May 2010

Pertandingan Suara Nisa' (PERSONA'10) Peringkat Negeri Pahang

JOM PAKAT DATANG BERAMAI-RAMAI



PERTANDINGAN SUARA NISA'

PERINGKAT NEGERI PAHANG

TARIKH: 8 MEI 2010 (SABTU)


TEMPAT: DEWAN SEMPURNA RESORT (JALAN KUANTAN-PEKAN)

MASA: 8.00 PAGI - 6.00 PETANG


HUBUNGI: Fadh (013-939 4709) @ Mas (013-925 7318)
(sila klik pada imej utk paparan yang lebih jelas)

30 April 2010

Karnival Aura Ungu '10

Karnival Aura Ungu 2010
Oleh:Hazayani Zakaria


Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Wanita Islam, Nisa' mengambil tanggungjawab menyediakan alternatif kepada masyarakat khususnya golongan belia untuk berhibur, dengan menganjurkan Karnival Aura Ungu (KAU '10).

Karnival yang dijadualkan berlangsung pada 21 dan 22 Mei di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Shah Alam ini merangkumi tiga aktiviti utama iaitu ekspo aura ungu, pertandingan nyannyian (PESONA) dan konsert aura ungu (ekslusif untuk wanita) yang merupakan acara kemuncak kepada karnival ini.

Konsert berkenaan akan menampilkan dua selebriti terkenal tanah air iaitu Aishah yang terkenal dengan lagu 'Syurga di Bawah Telapak kaki Ibu' dan bekas pelajar Akademi Fantasia (Af 5).

Bercakap pada satu sidang media di Intekma Resort & Konvensyen Centre, Shah Alam hari ini, pengarah program, Dian Adline Md Jalaluddin berkata, KAU '10 mensasarkan remaja dan belia terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), ibu bapa serta masyarakat umum dengan menetapkan beberapa objektif.

" KAU '10 berhasrat untuk memperkenalkan Nisa' sebagai gerakan dakwah kepada umum dan menjadikan hiburan sebagai salah satu wasilah dakwah bagi meraikan komuniti setempat yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat terutama golongan wanita," katanya.

Selain itu, KAU '10 bermatlamat untuk menjadikan hiburan Islam sebagai alternatif kepada hiburan semasa untuk golongan wanita serta dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat, pemimpin, dan pihak kerajaan negeri.

Karnival berkenaan mendapat kerjasama daripada Green Tea Colustrum (GTC) sebagai penaja utama, Kolej Masterskill, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kerajaan Negeri Selangor, dan Nasyeed.com.

Sementara itu, Pengarah Nisa' Malaysia. Dr. Rosni Adam berharap karnival berkenaan dapat membuka mata masyarakat agar lebih memahami konsep kepelbagaian dalam berdakwah.

"Kita nak tunjukkkan kepada masyarakat bahawa Islam tidak menutup ruang untuk kita berhibur. Sebanarnya banyak aktiviti yang kita boleh lakukan asalkan betul caranya," katanya.

Bagi Pengarah Eksekutif Ar Raihan Food Industries, Zulaimi Kazin pula, beliau sangat berbesar hati untuk menaja KAU '10 sebagai salah satu usaha menyokong program-program yang dapat mendekatkan masyarakat khususnya wanita kepada Islam.

"Apa-apa sahaja program yang baik kita kena taja. Bagi saya program Nisa' ini adalah untuk menarik minat golongan muda wanita khususnya untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang baik dan mengelakkan mereka terjebak ke dalam gejala sosial.

"Saya dah kenal Nisa' lama masa mereka anjurkan Nisa' games di kelantan dulu.Ini satu program yang menarik dan memang kita menyokong program dakwah dan ada rezeki kita taja lebih banyak lagi," katanya.

Tiket konsert boleh didapati di kaunter pendaftaran Nisa' atau tempahan melalui online di website Nisa' malaysia,

http://kau2010.webnisa.net/

NANTIKAN PERTANDINGAN SUARA NISA' (PERSONA'10)

PERINGKAT NEGERI PAHANG PADA 8 MEI 2010

Kita jumpa di sana...di sana...di sana


08 February 2010

Nisa' Pahang di IKIM.fm


Berikan pandangan anda......Jangan lupa untuk berinteraksi di dalam IKIM.fm malam ini.

12 January 2010

AL-FATIHAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kepada semua sahabat Nisa' Pahang, bonda kesayangan AJK unit 3N (Nisa' News Network), Pn. Norrul Afzan telah kembali ke rahmatullah pada 10 hb Disember 2009 , jam 3petang di rumah beliau. Bonda beliau meninggal kerana sakit kanser usus, tahap ke-empat yang telah disahkan oleh doktor pakar pada bulan Oktober 2009 lepas selepas membuat CT scan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Sama-sama kita doakan kesejahteraan dan hadiahkan Al-fatihah buat roh Allahyarham & semoga keluarga beliau tabah menghadapi ujianNya.

"INNALILLAHI WAINNA ILAHI RAJIUN"
Apa itu kanser usus?

21 December 2009

PROGRAM KILAUAN PERMATA BERJALAN LANCAR

Alhamdulillah, Program Kilauan Permata pada 19-20 Dis 2009 anjuran DMPNP dengan kerjasama Nisa' Pahang & seluruh Nisa' kawasan sebagai Fasi telah berlangsung dengan jayanya.
Satu program yang amat bermakna buat adik-adik remaja bukan sahaja mengisi masa lapang cuti persekolahan tetapi program ini mampu mendidik dan membentuk diri & jiwa adik2 ini sepanjang 2 hari program ini berlangsung(berdasarkan komentar adik2).

Antara percaya tak percaya, program ini berjaya menarik penyertaan sehingga 400 orang. Sekali ganda lebih dari jangkaan penganjur. Apepun kami semua gembira untuk menerima penyertaan adik2 semua.

Syabas untuk semua dan semua warga kerja yang menjayakan Program Kilauan Permata. Syabas kepada ibunda-ibunda sebagai tenaga penggerak utama.

berikut dipaparkan sedikit gambar tangkap muat sepanjang program.







banyak lagi, gambar-gambar menanti tungguuuuuu....


09 December 2009

INFO KERJAYA:Rancangan Latihan Kakitangan Akademik

Sila rujuk URL ini :

http://enovate.usm.my/assist/iklan/iklan_Mac_2006.htm

Sesiapa yang berminat untuk menjadi pensyarah di USM Penang atau Kubang Kerian, USM kini membuka tawaran Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) atau dalam Bhs. Inggeris, ASTS. Pada tahun-tahun lepas, skim ini dibuka dua tahun sekali atau sekali setahun, tetapi bagi mencapai peratusan 75% tenaga pengajar IPTA yang memiliki PhD menjelang 2010, skim ini kini dibuka 2 kali atau 3 kali setahun.


Sesiapa yang berminat boleh melayari laman web http://enovate.usm.my/assist. Iklan yang terbaru akan dibuka pada 23hb. Mac ini. Bagaimanapun, setiap kali iklan dibuka, bukan semua pusat pengajian akan menawarkan tempat. Oleh itu, sila rujuk kepada URL tersebut dari semasa ke semasa.


06 November 2009

Corat Coret Nisa's Day Pahang 2009 & SALAM EID ADHA 1430H

ALHAMDULILLAH

TAHNIAH


TERIMA KASIH


Alhamdulillah, program Nisa's Day 1 November 2009 tempoh hari berjalan dengan lancar.

Terima kasih kepada semua kawasan-kawasan yang telah membawa kontinjen masing-masing. Korang memang sporting and happening. Persembahan memang mantop dan tahniah kepada Nisa' Kuantan kerana dipilih sebagai ratu persembahan.

gambar apa ni? siap berbaris lagi.


Nantikan celoteh kami dan koleksi gambar-gambar sepanjang program.

*Sebahagian koleksi telah dimuat turun di sidebar kana
n blog Nisapahang.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

SALAM EIDUL ADHA 1430H


Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada Ketua Nisa' Pahang (k.tie & suami).

Gambar: rakaman video Ketua Nisa' PAHANG
sebelum berangkat menunaikan haji di Baitullah


Semoga berjaya mengharungi ibadah haji dan menggapai haji mabrur...InsyaAllah...AMIN

BANNER NISA' PAHANG 2011

BANNER NISA' PAHANG 2011

PERSONA 2010

PERSONA 2010

GHSi

GHSi

BORANG NISA' ONLINE

BORANG NISA' ONLINE