21 December 2009

PROGRAM KILAUAN PERMATA BERJALAN LANCAR

Alhamdulillah, Program Kilauan Permata pada 19-20 Dis 2009 anjuran DMPNP dengan kerjasama Nisa' Pahang & seluruh Nisa' kawasan sebagai Fasi telah berlangsung dengan jayanya.
Satu program yang amat bermakna buat adik-adik remaja bukan sahaja mengisi masa lapang cuti persekolahan tetapi program ini mampu mendidik dan membentuk diri & jiwa adik2 ini sepanjang 2 hari program ini berlangsung(berdasarkan komentar adik2).

Antara percaya tak percaya, program ini berjaya menarik penyertaan sehingga 400 orang. Sekali ganda lebih dari jangkaan penganjur. Apepun kami semua gembira untuk menerima penyertaan adik2 semua.

Syabas untuk semua dan semua warga kerja yang menjayakan Program Kilauan Permata. Syabas kepada ibunda-ibunda sebagai tenaga penggerak utama.

berikut dipaparkan sedikit gambar tangkap muat sepanjang program.







banyak lagi, gambar-gambar menanti tungguuuuuu....


09 December 2009

INFO KERJAYA:Rancangan Latihan Kakitangan Akademik

Sila rujuk URL ini :

http://enovate.usm.my/assist/iklan/iklan_Mac_2006.htm

Sesiapa yang berminat untuk menjadi pensyarah di USM Penang atau Kubang Kerian, USM kini membuka tawaran Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) atau dalam Bhs. Inggeris, ASTS. Pada tahun-tahun lepas, skim ini dibuka dua tahun sekali atau sekali setahun, tetapi bagi mencapai peratusan 75% tenaga pengajar IPTA yang memiliki PhD menjelang 2010, skim ini kini dibuka 2 kali atau 3 kali setahun.


Sesiapa yang berminat boleh melayari laman web http://enovate.usm.my/assist. Iklan yang terbaru akan dibuka pada 23hb. Mac ini. Bagaimanapun, setiap kali iklan dibuka, bukan semua pusat pengajian akan menawarkan tempat. Oleh itu, sila rujuk kepada URL tersebut dari semasa ke semasa.


06 November 2009

Corat Coret Nisa's Day Pahang 2009 & SALAM EID ADHA 1430H

ALHAMDULILLAH

TAHNIAH


TERIMA KASIH


Alhamdulillah, program Nisa's Day 1 November 2009 tempoh hari berjalan dengan lancar.

Terima kasih kepada semua kawasan-kawasan yang telah membawa kontinjen masing-masing. Korang memang sporting and happening. Persembahan memang mantop dan tahniah kepada Nisa' Kuantan kerana dipilih sebagai ratu persembahan.

gambar apa ni? siap berbaris lagi.


Nantikan celoteh kami dan koleksi gambar-gambar sepanjang program.

*Sebahagian koleksi telah dimuat turun di sidebar kana
n blog Nisapahang.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

SALAM EIDUL ADHA 1430H


Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada Ketua Nisa' Pahang (k.tie & suami).

Gambar: rakaman video Ketua Nisa' PAHANG
sebelum berangkat menunaikan haji di Baitullah


Semoga berjaya mengharungi ibadah haji dan menggapai haji mabrur...InsyaAllah...AMIN

27 October 2009

Nisa'S Day PAHANG 2009

Salam Nisa' Pahang untuk semua

KAMI ADA HADIAH UNTUK ANDA
Click to get cool Animations for your MySpace profile


Kepada anda yang telah mendaftarkan diri sebagai ahli Nisa' negeri Pahang, di mana jua kawasan anda berada, JOM JOIN

NISA'S DAY PAHANG 2009

klik imej di bawah untuk makluman lanjut




Yuran sebanyak RM10 sahaja


kita laksanakan impian bersama




14 October 2009

Iftar Nisa' Semalaysia

IFTAR NISA’ SEMALAYSIA

Tautan Qalbu

7 September 2009- Mengambil berkat pada bulan Ramadhan, Nisa’ Malaysia dengan kerjasama seluruh Nisa’ Negeri 1 Malaysia, telah bersama-sama berkumpul bagi menjayakan program Tautan Qalbu pada 4-6 September 2009 yang lalu bertempat di Gombak.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan penuh ceria serta bertenaga walaupun dalam Bulan Ramadhan (tak percaya tengok gambar..(”,) .

Program ini dikira kali pertama yang diadakan bersama pimpinan Nisa’ Malaysia yang baru dibawah pimpinan Dr. Rosni Adam.

Moh tengok gambar-gambar sekitar program.




Unit Kesenian Nisa'- MOH Nasyid


wakil-wakil pimpinan Nisa' Pahang yang ceria & sporting


khusyuk mendengar taujihat dari pinpinan



Banyak lagi cerita menarik tentang program ini.
Jangan lupa
surf:

www.nisakuantan.blogspot.com,
www.nisagombak.blogspot.com,
www.nisaterengganu.blogspot.com,
www.nisasabah.blogspot.com

Thanks guys for your kind-sharing.

31 August 2009

Ahlan Ya Ramadhan & Malaysia Merdeka (Ayuh Roh Badar)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Kami Nisa' Negeri Pahang ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan buat semua Muslimin dan muslimat terutamanya ahli-ahli Nisa' di setiap cawangan, kawasan dan juga di peringkat Negeri.
Semoga Bulan yang penuh keberkatan ini digunakan sebaiknya untuk mempertingkatkan amalan dan menjadikan kita lebih dekat denganNya.

Berikut adalah risalah yang telah dikeluarkan oleh Nisa' Unit Kebajikan dan Kaunseling (UKK) untuk tatapan dan edaran semua sempena Ramadhan:

SUARA NISA'

(klik pada imej jika paparan tidak jelas)
(muka depan)

Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam kemerdekaan kepada seluruh Rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, kaum dan keturunan. Semoga pemikiran, percakapan dan pertuturan seharian kita merdeka daripada dikuasai unsur yang negatif.

(klik pada imej jika paparan tidak jelas)
(muka belakang)


Ihsan daripada: UKK Nisa' Pahang
dicatat oleh: 3N team Nisa' Pahang

22 April 2009

Jom Ke NISA INDOOR GAMES 2009 Peringkat Kebangsaan





Masih ingat apa yang kita selalu main ketika kecil? Permainan seperti congkak, batu seremban, snake & ladder , dam dan sebagainya sentiasa bermain di kotak fikiran. Namun adakah generasi muda kini mengenali permainan-permainan ini? Permainan-permainan ini yang selalunya dimainkan di rumah sahaja dan tidak memerlukan tempat khas untuk bermain, adalah sesuatu yang harus diberi nafas kembali dan dipromosikan kerana ianya mempunyai unsur dan nilai persahabatan yang tinggi dan boleh mewujudkan budaya kasih sayang antara generasi muda.

Menyedari nilai-nilai ini termasuk nilai dan kepentingan permainan jenis ini kepada generasi muda perempuan, NISA’ Malaysia akan menganjurkan NISA’ Indoor Games 2009 yang diharapkan dapat menyuburkan kembali nostalgia mengenai permainan-permainan Indoor Games dan juga memperkenalkan semula kepada generasi muda yang mungkin tidak berkesempatan untuk mengenali jenis permainan seperti ini.

Objektif :
1. Mengasah minda peserta di samping merasai keseronokan semasa bermain.

2. Mempromosikan sebahagian permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan ceper kepada masyarakat terutamanya generasi muda.

3. Memupuk nilai-nilai murni seperti nilai bertolak ansur, persahabatan dan kasih sayang sesama pemain dan keluarga.

4. Menghargai dan memastikan nilai estetika, keaslian dan keunikan permainan indoor games terjaga.



SELAMAT BERTANDING UTK PESERTA PAHANG
di dalam
NISA' INDOOR GAMES ANTARA NEGERI
pada
25 April 2009(Sabtu), 8 pagi hingga 6 petang
di
DEWAN JUBLI PERAK, BANGUNAN SULTAN SALAHUDIN AZIZ SHAH,SHAH ALAM
Yang tak ambil bahagian, marilah kita
BERAMAI2 KE SANA UTK MEMERIAHKAN LAGI PROGRAM INI!

Semoga berjaya!!

" PAHANG Laksana IMPIAN Bersama"


Kami NISA PAHANG membawa kontigen seramai 50 orang dari seluruh kawasan....Kami datang dengan penuh harapan agar menang dan memberi kejayaan keseluruhannya.....Jemput datang semuan ye....KITA JUMPA DI SANA...:)


20 February 2009

JAWATAN KOSONG

Salam...

Jawatan Kosong UiTM

Iklan jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Tarikh tutup 2 Mac 2009

[Ads delivered by FeedBlitz]
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak/sementara di Kampus Shah Alam dan Cawangan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

senarai jawatan dan maklumat lengkap sila lihat disini


Permohonan KPLI

Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) & KPLI j-QAF
Tarikh tutup 1 Mac 2009

[Ads delivered by FeedBlitz]
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) Mode Sepenuh Masa atau Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah di Institut Pendidikan Guru.

maklumat lanjut boleh didapati disini

Jawatan Kosong YPNH

Iklan jawatan kosong di Jawatan Kosong di Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
Tarikh tutup 27 Februari 2009

[Ads delivered by FeedBlitz]
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPN) adalah sebuah yayasan bagi membantu golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim, miskin & terbiar. Selain dari itu YPN juga menjalankan banyak program bagi membantu ibu-ibu tunggal serta surirumah untuk berdikari dan menambah pendapatan. Sehubungan dengan itu YPN menjemput anda yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai YPN sebagai kakitangan sepenuh masa bagi mengisi jawatan-jawatan berikut :

1. Pengurus Program
2. Penyelia Program
3. Guru Tahfiz
4. Penyelia Asrama
5. Webmaster
6. Pereka Grafik
7. Kerani
8. Pekerja Am
9. Penghantar Cepat
10. Juruteknik IT
11. Programmer
12. Guru Bahasa Inggeris

Kepada yang berminat dijemput menghantar CV kepada email info@nurhikmah. org.my . Tarikh tutup permohonan ialah pada 27hb Februari 2009 jam 3.00 petang. Hanya calon-calon yang layak akan dihubungi.

YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon :03-87332411
Fax :03-87332967

EMAIL : presiden@nurhikmah.org.my


Jawatan Kosong UMP

Assalaamualaikum,

Jika ada sahabat atau saudara-mara yang ingin menjadi pensyarah bidang Sistem dan Rangkaian Komputer, anda dipelawa untuk memohon di Universiti Malaysia Pahang. Kekosongan tahun ini sahaja seramai 4 orang. Yang degree, master atau yang ada PhD sekalipun digalakkan untuk apply. Yang penting pastikan ijazah sarjanamuda dapat 3.0 pointer ke atas.

sila hubungi saya untuk maklumat dan tindakan lanjut. perkara ini dibawa terus ke ketua jabatan untuk urusan pencalonan dan interview. harap dapat disebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain.

Abdullah Mat Safri
Pensyarah Universiti Malaysia Pahang
014-6062528
09-5492125


Iklan jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang
Tarikh tutup 23 Februari 2009

Kami adalah sebuah institusi pendidikan tinggi awam yang menjurus kepada bidang kejuruteraan dan teknikal berteknologi tinggi serta beriltizam menjadi salah satu universiti yang bertaraf dunia berasaskan teknikal mempelawa calon-calon intelektual dan cintakan ilmu untuk sama-sama menyumbang tenaga dan idea bagi melahirkan insan cemerlang dengan mengisi kekosongan jawatan di UMP.

-Pembantu Tadbir (perkeranian/operasi)- N17
-Pegawai Tadbir - N41

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara ON LINE dengan mengisi maklumat pemohon di laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my. Calon diwajibkan untuk “memuat naik” resume dan sijil-sijil serta mencetak Surat Pengesahan Permohonan On-Line (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui web rasmi UMP) dan hantar permohonan beserta dengan salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen yang telah disahkan ke alamat yang tertera di bawah. Permohonan yang tidak dibuat secara ON LINE melalui Laman Web Rasmi UMP tidak akan dilayan.

Boleh layari webite ini utk pelbagai jawatan kosong http://malaysiancareer.com/

26 January 2009

SELAMATKAN GAZA !!



MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA DAN MENYUMBANG APA YANG BOLEH KITA BERI DALAM MEMBANTU SAUDARA ISLAM KITA DI BUMI PALESTIN. MOGA INI ADALAH SUMBANGAN DAN TANGGUNGJAWAB KITA YANG DAPAT MERINGANKAN BEBAN MEREKA WALAUPUN SEDIKIT.


banner 225×341


banner 516×75



PERATUSAN TANAH PALESTIN HANYA TINGGAL 4.7% SAHAJA...LIHAT DIBAWAH INI..




MOH KITA BOIKOT BARANGAN MEREKA!!!




APA YANG KITA BOLEH BUAT LAGI? AMALKAN BACAAN QUNUT NAZILAH


ERTI DOA QUNUT NAZILAH


Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.


CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH


Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ


Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
• Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

• Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.


Disediakan oleh
Pejabat Mufti
Majlis Ugama Islam Singapura
2 Ogos 2006
DOA QUNUT NAZILAH


BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM...

Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

15 January 2009

Nisa' Indoor Games Negeri Pahang Penutup Tirai 2008

Tarikh: 28 Disember 2008
Tempat: Malay Town East Cost Mall, Bandar Kuantan
Masa: 7.30pagi -6.00petang

Pengalaman Nisa' Pahang dalam menjayakan program ini amat tidak dapat dilupakan oleh kami semua.Pelbagai cabaran dan dugaan dan halangan, namun akhirnya, Alhamdulillah, terlaksana dengan jayanya walaupun di saat kemuncak program hujan lebat mengiringi. Syukur sehingga keakhirnya....
Kami meminta maaf kerana tidak banyak gambar dpt diupload kerana ada masalah teknikal. Bagi sesiapa yang sempat merakamkan detik-detik manis sepanjang NIG Negeri Pahang, diharap dapat berkongsi untuk dipaparkan di dalam blog Nisa' Negeri.

Tercapai sudah matlamat utama program iaitu bersama masyarakat dan mencari peserta untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan nanti....Program ini juga telah mendapat kerjasama yg baik dari Puan Zainab, Pengurus Pekan Budaya Malay Town, East Coast Mall, kerana sudi menyediakan tempat yang amat bertetapan dgn tema program.

10 kawasan dari seluruh Pahang telah hadir membawa peserta-peserta mereka yang hebat untuk bertanding dalam 8 acara permainan tradisional iaitu Congkak, Dam Aji, Dam Ular Manusia, Ceper, Batu Seremban, Catur dan Dart.
Ia melibatkan 3 kategori iaitu Kanak-kanak,Remaja dan Dewasa (Lelaki & Perempuan).

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dan meriah dihadiri lebih 1000 orang pengunjung.Terima kasih diucapkan kepada Puan Mastura Mohamed iaitu Ketua Nisa' Malaysia yang hadir bagi merasmikan Majlis Penutup Program ini. Terima kasih juga kepada AJK Nisa' Pusat yang turut membantu menjayakan slot tersebut.
Semoga Nisa' terus maju dalam program-program mendatang.
Sekian hingga bertemu lagi dipost yang lain...bye..wassalam

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat kami rakam sebagai kenang-kenangan:

(Keratan akhbar sinar harian pahang- gambar kecil [kanan] Pengarah Program Nisa' Indoor Games Negeri Pahang 2008)

( dam ular manusia)

(peserta lelaki yang turut mengambil bahagian dalam permainan congkak)

(Kanak-kanak bermain dam aji...emm dah naik haji dah budak2 ni..:)

p/s: jika ada gambar yang ingin dikongsi bersama, sila hantar ke nispahang@gmail.com

tulisan asal :UKJ

di'edit' semula oleh U3N

09 January 2009

Selamat Datang ke Blog Nisa' Pahang


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ....

SELAMAT DATANG
KE
BLOG NISA' PAHANG

http://www.nisapahang.blogspot.com/
knisaphg@yahoo.com


Moga Jalinan Ukhuwwah Terjalin antara kita....


BANNER NISA' PAHANG 2011

BANNER NISA' PAHANG 2011

PERSONA 2010

PERSONA 2010

GHSi

GHSi

BORANG NISA' ONLINE

BORANG NISA' ONLINE